Assalamualaikum Wrmbth
Alangkah cepat masa berlalu dan semakin jauh Ramadan nak meninggalkan
kita. Telah sampai 10 malam terakhir Ramadan yang mana terletaknya 1
malam yang penuh Baraqah iaitulah Malam Lailatul Qadr.
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh
dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah
merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan
Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat
antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah
dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam
Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu
Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam
itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan
mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya
umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan
pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis
yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan
mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia
beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan
dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati
malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan
dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk
menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan
bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir
daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui
malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang
akhir daripada bulan Ramadhan.
Marilah kita berazam untuk mencapai kurniaan Allah yang tiada taranya.
InsyaALLAH..
No comments:
Post a Comment