Assalamualaikum Wrmbth
Hari
ini kami ingin berkongsi dengan anda antara resepi yang menjadi pilihan
ramai pelanggan kami iaitu
KUZI KAMBING/BIRI-BIRI. Kami berikan anda
senarai bahan-bahannya untuk anda mencuba sendiri di rumah. Masaklah
untuk suami/isteri/anak-anak anda dengan seikhlas hati sambil
berselawat, InsyaAllah masakan anda akan bertambah berkat dan enak.
Bahan-bahan:
2 kg daging kambing, potong ikut suka
1 cawan susu cair
2 camca sedang kerisik
4 biji bawang besar, dihiris
1 cawan minyak masak
8 biji buah pelaga
2 btg kayu manis
2 biji limau nipis, diambil airnya
5 camca sedang puri tomato
5 tangkai cili hijau
1 cawan bawang goreng
1 ikat daun pudina dan daun ketumbar
Garam secukupnya
Air untuk mengempukkan daging
Bahan-bahan perap:
3 camca sedang rempah beriani
2 sm halia, dikisar
1 camca sedang cili boh
10 tangkai cili hijau, ditumbuk kasar-kasar
10 tangkai cili merah, ditumbuk kasar-kasar
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
Cara menyediakan:
1. Daging digaul bersama bahan-bahan perap. Masukkan puri tomato, kerisik dan garam. Perap sejam.
2.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, buah pelaga, kayu
manis hingga kuning. Masukkan daging perap dan air. Masak hingga daging
empuk.
3.
Apabila daging empuk masukkan garam, susu cair, tomato, cili merah,
cili hijau, air limau, daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng.
Kacau hingga kuah pekat baru diangkat.
Kuzi kambing enak dimakan bersama pelbagai jenis nasi atau makan bersama roti.
Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment